Saturday, August 22, 2009

Exora versi Prime

Cantik skit dari Exora asal, hehe...























Perodua MPV

Di jangka keluar pada akhir tahun ini...












Creative Hair Styles





















Friday, August 21, 2009

Fast and Furious versi Malaysia

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lorong kecemasan. Kelihatan seorang tua yang sedang berdiri di sebelahnya yakni pemilik kereta tersebut, pemilik kancil itu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kenderaan bagi mendapatkan pertolongan. Tidak ada sebuah kereta pun yang cuba berhenti bagi memberikan bantuan. Tiba-tiba orang tua itu didatangi oleh sebuah kereta Evo7 lalu berhenti di sebelah kereta kancil tersebut.

" Ada apa nie pakcik, kereta rosak ke? " soal pemuda berusia dalam lingkungan 20an itu. " Ha'a rosak " jawab orang tua itu dengan selamber...

"Ok, macam nie, saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai dekat tol " pemuda itu memberi idea.

" Worrait gak tu...", tapi...nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam "

" Ok pakcik..." pemuda itupun mengikat tali di hadapan kereta kancil orang tua tersebut lalu di hujung nya pula diikatkan pula di belakang bumper kereta evonya itu. Perjalanan pun dimulakan...dengan perlahan dan berhati-hati. Dalam lima kilometer pemuda tersebut terpandu dalam keadaan laju sedikit, apalagi orang tua itu pun mula menghonkan kenderaanya dan memberikan high beam kepada pemuda tersebut. Pemuda itu pun memperlahankan semula kenderaanya...

Tidak semena-mena datang sebuah Ferrari dari arah belakang lalu menekan-nekan minyak kenderaanya terhadap pemuda Evo7 tersebut sebagai tanda untuk mencabar. Apa lagi, jiwa muda memang pantang dicabar, dia pun mula menekan minyak bagi mencabar rapat serta mengejar Ferrari tersebut...lupa pula dia akan kereta kancil yg ditundanya tadi.

Orang tua tu punya la hangin satu badan, dia pun membunyikan hon serta memberi isyarat hi beam bagai nak rak. Pemuda Evo7 itu pun sudah tidak sedar dek kerana angin punya pasal. Kebetulan pilak polis sedang membuat speed trap di bawah jambatan tempat di mana mereka melalui kawasan tersebut.

Vrooommm...bedesup perginye..." Ini dah lebih speed limit nie..." kata polis trafik yang bertugas pada malam itu. " Nie...cecah 250km/j memasing nie..." Sambil cuba menghubungi rakan2nya yang berada di hadapan supaya penahanan dapat dibuat.

" Over...over..., ada tiga buah kenderaan yang sedang memandu melebihi had laju... over, sebuah Ferrari, sebuah Evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye...sebuah kereta kancil putih tengah cucuk angin Evo7, siap bagi hon dan hi beam nak potong lagi !!! "

Thursday, August 20, 2009

KEPADA SESIAPA YANG SEDANG MENCARI PELUANG PEKERJAAN, KAMI SEDIA MEMBANTU ANDA

KEPADA SESIAPA YANG SEDANG MENCARI PELUANG PEKERJAAN, KAMI SEDIA MEMBANTU ANDA

KAMI SMART NETWORK MARKETING COMPANY SALAH SATU SYARIKAT YANG DILANTIK OLEH KERAJAAN UNTUK MELATIH:
1) PEKERJA DIBERHENTIKAN KERJA
2) FRESH GRADUATE YANG MENGANGGUR
3) BELIA YANG mENGANGGUR

LATIHAN INI ADALAH ANJURAN KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA YANG DIPANGGIL PROGRAM "TRAIN AND PLACE"

PROGRAM INI ADALAH BAGI MELATIH DAN MENEMPATKAN KERJA BAGI GOLONGAN YANG LAYAK SAHAJA
1) PEKERJA DIBERHENTIKAN
2) FRESH GRADUATE YANG MENGANGGUR
3) BELIA YANG MENGANGGUR

PROGRAM TRAIN AND PLACE
1) PROGRAM INI SELAMA 4 BULAN SAHAJA
2) DI KUALA LUMPUR SAHAJA
3) TEMPAT TINGGAL DISEDIAKAN PERCUMA
4) RM500-RM800 DIBERIKAN SETIAP BULAN OLEH KERAJAAN
5) PENDAFTARAN PERCUMA
6) JAMINAN KERJA YANG DIBERIKAN OLEH KERAJAAN
7) BERMULA PADA 21 HARIBULAN 8 2009
8) KEKOSONGAN HANYA UNTUK 100 ORANG SAHAJA
9) SEMUANYA PERCUMA DAN ANDA HANYA PERLU DATANG SAHAJA DAN DAPAT PELUANG PEKERJAAN DAN DAPAT DUIT DARI KERAJAAN
10) CERTIFICATE DISEDIAKAN

JIKA ANDA BERMINAT ANDA BOLEH LAH BERDAFTAR DALAM MASA TERDEKAT INI KERANA KAMI MEMERLUKAN 100 ORANG LAGI PESERTA

CEPAT-CEPAT TEMPAT ADALAH TERHAD UNTUK 100 ORANG SAHAJA, ANDA POHON SEKARANG ANDA AKAN DAPAT JAWAPAN TENTANG PERMOHONAN ANDA DALAM
MASA 5 MINIT SAHAJA

SYARAT-SYARAT UNTUK MENDAFTAR:
1) ANDA PERLU MENGHANTAR MAKLUMAT DIBAWAH INI KE ALAMAT EMAIL INI mr.izzuddin84@gmail.com
2) ATAU MELALUI PHONE NO 019-3526349

MAKLUMAT PERIBADI ANDA ADALAH
1) NAMA MENGIKUT IC
2) NO IC
3) ALAMAT SURAT MENYURAT
4) STATUS ( DIBERHENTIKAN, FRESH GRADUATE **** BELIA MENGANGGUR)
4) KELULUSAN ( SPM, STPM, SIJIL, DIPLOMA **** IJAZAH)
5) EMAIL
6) PHONE NUMBER
7) BIDANG YANG DIMINATI
- pentadbiran perniagaan
- IT-celcom dan computer
- keusahawana
- masakan
- property
- perhotelan
- pelancongan
- pendidikan
- keusahawanan
- pentadbiran
- HR
- perakaunan
- marketing
- banking
8) COMFIRM ( jika anda tidak comfirm permohonan anda tidak akan disahkan oleh kementerian)

HANTAR MAKLUMAT DI ATAS KE
EMAIL: mr.izzuddin84@gmail.com
****
PHONE: 019-3526349

SEBARANG KETERANGAN LANJUT BOLEH LAH HUBUNGI KE NO 019-3526349 (mr.ie)

Penthouse Level 27, Centrepoint South
The Boulevard, Mid Valley City,
Lingkaran Syed Putra
59200 Kuala Lumpur
Tel: 03-2096 9730 Fax: 03-2096 9797
E-mail: mr.izzuddin84@gmail.com
Website: www.network2u.com

Monday, August 17, 2009

H1N1

Hingga 28,000 di M'sia mungkin mati akibat H1N1


Ogos 1, 09 8:03pm


Dianggarkan 5,500 hingga 28,000 rakyat Malaysia akan mati dalam wabak selesema A (H1N1) jika 20 peratus daripada 27.7 juta penduduk negara ini dijangkiti virus tersebut.

"Daripada angka ini (5.5 juta orang dijangkiti), jika kita anggarkan kadar kematian antara 0.1 hingga 0.5 peratus, kira-kira 5,500 hingga 28,000 penghidap selesema itu akan meninggal dunia," kata presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Dr David KL Quek memetik unjuran yang dibuat pengarah penyakit berjangkit Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tee Ah Sian dalam satu mesyuarat pasukan kebangsaan petugas khas menangani wabak itu, pada awal minggu ini.

Dalam perkembangan terkini, kadar kematian di seluruh dunia meningkat daripada 0.4 kepada 0.66 peratus.

Dr Quek mendedahkan maklumat itu dalam artikelnya "Flu measures: Confusion rather than non-compliance" yang diedarkan kepada beberapa media semalam. [Baca artikel penuh]

Beliau juga menekankan kerjasama erat antara Kementerian Kesihatan, hospital, doktor di pusat kesihatan swasta dan orang ramai agar wabak ini dapat dikekang secara lebih berkesan.

Dr Quek juga menegaskan kepada semua pihak, termasuk media, agar tidak menuding jari kepada pengamal perubatan swasta atau beberapa pihak lain atas beberapa perkembangan terkini wabak itu.

Menurutnya lagi, wabak itu dijangka sekurang-kurangnya berlarutan antara satu hingga dua tahun sebelum reda - sama ada virusnya berubah dalam bentuk lebih lemah atau vaksin telah ditemui untuk membasminya.

Setakat ini, vaksin belum ditemui dan dijangka akan diperolehi hujung tahun ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata 10 peratus simpanan stok ubatan anti-virus 'Tamiflu' dan 'Relenza' buat masa ini tidak cukup memandangkan penularan ketara penyakit berjangkit itu.

Kerajaan akan memesan lagi bekalan ubat itu daripada WHO
bagi memastikan negara mempunyai bekalan ubat itu pada setiap masa bagi membendung wabak influenza A(H1N1), lapor Bernama.

"Melihat kepada trend penularan wabak itu yang semakin meningkat, kita perlu memesan ubat itu daripada WHO," beliau dipetik berkata selepas menghadiri Konvensyen MCA Pulau Pinang hari ini.

Tambahnya, kementerian turut menempah 200,000 dos vaksin influenza A (H1N1) dan dijangka mendapat bekalan itu menjelang akhir tahun ini.

Katanya tempahan tersebut terpaksa dilakukan awal kerana prosedur
menguji ubat itu mengambil masa sebelum dapat diberikan kepada pesakit.

Sementara itu, lapor agensi berita itu lagi, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata 19 kes baru H1N1 dilaporkan hari ini dan kesemuanya melibatkan rakyat Malaysia.

Jumlah terkumpul 1,390 kes, termasuk 816 kes atau 59 peratus melibatkan jangkitan tempatan.

"Daripada keseluruhan, 1,362 kes (98 peratus) telah sembuh, hanya 17 kes atau satu peratus sahaja sedang menerima rawatan antivirus di hospital.

"Lapan daripadanya berada di unit rawatan rapi (ICU), manakala 11 orang sedang menerima rawatan antiviral di rumah," katanya.