Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lorong kecemasan. Kelihatan seorang tua yang sedang berdiri di sebelahnya yakni pemilik kereta tersebut, pemilik kancil itu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kenderaan bagi mendapatkan pertolongan. Tidak ada sebuah kereta pun yang cuba berhenti bagi memberikan bantuan. Tiba-tiba orang tua itu didatangi oleh sebuah kereta Evo7 lalu berhenti di sebelah kereta kancil tersebut.
" Ada apa nie pakcik, kereta rosak ke? " soal pemuda berusia dalam lingkungan 20an itu. " Ha'a rosak " jawab orang tua itu dengan selamber...
"Ok, macam nie, saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai dekat tol " pemuda itu memberi idea.
" Worrait gak tu...", tapi...nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam "
" Ok pakcik..." pemuda itupun mengikat tali di hadapan kereta kancil orang tua tersebut lalu di hujung nya pula diikatkan pula di belakang bumper kereta evonya itu. Perjalanan pun dimulakan...dengan perlahan dan berhati-hati. Dalam lima kilometer pemuda tersebut terpandu dalam keadaan laju sedikit, apalagi orang tua itu pun mula menghonkan kenderaanya dan memberikan high beam kepada pemuda tersebut. Pemuda itu pun memperlahankan semula kenderaanya...
Tidak semena-mena datang sebuah Ferrari dari arah belakang lalu menekan-nekan minyak kenderaanya terhadap pemuda Evo7 tersebut sebagai tanda untuk mencabar. Apa lagi, jiwa muda memang pantang dicabar, dia pun mula menekan minyak bagi mencabar rapat serta mengejar Ferrari tersebut...lupa pula dia akan kereta kancil yg ditundanya tadi.
Orang tua tu punya la hangin satu badan, dia pun membunyikan hon serta memberi isyarat hi beam bagai nak rak. Pemuda Evo7 itu pun sudah tidak sedar dek kerana angin punya pasal. Kebetulan pilak polis sedang membuat speed trap di bawah jambatan tempat di mana mereka melalui kawasan tersebut.
Vrooommm...bedesup perginye..." Ini dah lebih speed limit nie..." kata polis trafik yang bertugas pada malam itu. " Nie...cecah 250km/j memasing nie..." Sambil cuba menghubungi rakan2nya yang berada di hadapan supaya penahanan dapat dibuat.
" Over...over..., ada tiga buah kenderaan yang sedang memandu melebihi had laju... over, sebuah Ferrari, sebuah Evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye...sebuah kereta kancil putih tengah cucuk angin Evo7, siap bagi hon dan hi beam nak potong lagi !!! "
Friday, August 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment